Tiada penutupan ekonomi, PM ingatkan hargai ia dengan patuh SOP
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) bagi mencegah penyebaran Covid-19.
“Kerajaan mendengar pandangan anda dengan tidak menutup ekonomi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Jadi tolong balas langkah ini dengan patuh betul-betul pada SOP supaya kita dapat pastikan kegiatan perniagaan dan perdangan terus bergerak dan pada masa yang sama membantu memutuskan penularan Covid-19 di tempat kerja dan dalam masyarakat,” katanya.