Nombor siri DDY kutip RM2.28 juta

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM 2.28 juta bagi nombor siri pendaftaran DDY dalam tempoh lima hari bermula 29 Januari hingga 2 Februari lalu.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kutipan itu melebihi sasasaran iaitu sebanyak RM1.9 juta.

“Jumlah itu menunjukkan kutipan luar jangkaan bagi siri nombor tersebut dan ia merupakan kutipan tertinggi siri nombor pendaftaran pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) diperkenalkan di negeri ini.



“Pembelian nombor pendaftaran kenderaan nombor siri Kelantan semakin popular apabila kutipan hasil DDY melonjak meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepanjang tempoh perlaksanaan sistem JPJeBID diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DDY, jumlah kutipan hasil bagi kesemua nombor itu dianggarkan sebanyak RM16,019,573,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hanif, seramai 368,868 orang pengguna berdaftar dengan JPJeBid diterima sehingga tarikh tutup nombor siri DDY.

Katanya, jumlah harga bidaan tertinggi adalah nombor siri pendaftaran DDY 1 iaitu RM155,500.



“Jumlah keseluruhan pembida yang berjaya dalam siri nombor DDY adalah seramai 1,398 orang.

“Jumlah paling ramai yang membida adalah nombor siri DDY 4174, DDY 36, DDY 96, DDY 89 dan DDY 30,” katanya.-K!ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker