[VIDEO] Suami Memang Suka Buat Kejutan Pelik-pelik, Suprisekan Isteri Bagi Gelang Emas Dalam Kuah Tomyam!
Impian setiap pasangan yang berumah tangga pastinya ingin adalah memiliki keluarga yang bahagia dan harmoni.
Apa yang paling penting dalam rumah tangga adalah persefaham, komunikasi yang baik dan sikap tolak ansur antara satu sama lain.
Sering dapat kejutan istimewa dari suami tersayang
Malah jika anda mendapat pasangan yang menghargai satu sama lain anda akan lebih bahagia melayari bahtera perkahwinan.
Seperti kisah seorang wanita bernama Aien Suraya ini pernah mendapat kejutan apabila dihadiahkan barang kemas oleh suaminya.
Dapat hadiah dalam bekas plastik berisi air batu
Sebelum ini suaminya meletakkan hadiah tersebut didalam bekas plastik yang berisi air batu.
Semalam, suami sekali lagi membuat kejutan buat isteri tersayang di dalam makanan ketika pasangan ini sedang menjamu selera.
Kejutan ketika sedang makan
Menerusi perkongsian di laman Facebook Aien Suraya, video yang dikongsikan memaparkan kejutan berkenaan dilakukan suami tanpa disedarinya.
Sedari awal Aien turut merasa pelik apabila melihat suaminya yang sibuk merakam video ketika mereka sedang makan.
Baru minggu lepas dapat suprise hari nie dia buat lagi
“Patutlah masa nak ambik nasi pun duk main rakam je rupa nya ada something.
baru je minggu lepas dapat surprise hari ni dia buat surprise dalam tomyam pulak dah”.
“ingatkan apa benda lah dalam tomyam, lepas dia gelak tu bru ain dapat tangkap ni mesti kerja dia ni”.
Tak sangka dapat sesuatu diidamkan isteri
“Tak sangka dapat lipan baru hari ni dah la sesuatu yang di idamkan seorang istri pulak tu”.
“Terima kasih abg sebagai tanda terima kasih abg suruh je syg buat kerja apa syg buat. semangat ni semangat”.
Suami letak emas dalam kuah tomyam
Tidak diduga, rupanya suaminya itu mempunyai agenda tersendiri dalam diam apabila meletakkan emas yang dibungkus di dalam plastik ke dalam kuah tomyam.
Ketika sedang menjamu selera, Aien ternampak bungkusan plastik yang agak pelik di dalam kuah tomyam ketika sedang mengambil makanan tersebut.
Hadiah sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang
Kelihatan raut wajah Aien bertukar menjadi teruja dan sempat tertawa dengan keletah suaminya dan bergegas ke sinki untuk membasuh gelang tersebut.
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/TMrapuvJ/kisah-suami-suka-buat-kejutan-pelik-pelik-hadiahkan-gelang-emas-dalam-kuah-tomyam_hd.mp4[/KGVID]Bertuah miliki suami yang penyayang
Difahamkan, kejutan yang dilakukan suaminya itu bersempena dengan ulang tahun Aien yang bakal disambut minggu hadapan.
Hargai pengorbanan dan penat lelah isteri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira kerana suami Aien menghargai pengorbanan isterinya selama ini.
Mereka turut menitipkan doa semoga pasangan ini terus bahagia dan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada wanita ini.
Malah, mereka menyifatkan Aeirn bertuah kerana memiliki suami yang penyayang.-YOY
Sumber: FB Aien Suraya