Sekatan ke atas kapal Israel tak jejas hubungan negara lain – Tok Mat

Sekatan ke atas kapal Israel tak jejas hubungan negara lain – Tok Mat

Sekatan kerajaan ke atas syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara luar yang lain, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut beliau, pendirian berkenaan bukan bermaksud Malaysia tidak menghargai hubungan dengan negara lain.

“Kita tidak melihat kepada terjejasnya hubungan kita dengan negara-negara lain, topik kita ialah tidak membenarkan kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di Malaysia serta yang membawa barang ke Israel.

“Pendirian kita (adalah) tetap, kita tidak mengatakan tidak menghargai hubungan dengan negara lain, tetapi ketetapan pendirian Malaysia adalah berdasarkan keadaan di Gaza dan Timur Tengah ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung kedudukan hubungan Malaysia dengan negara lain terutamanya sekutu Israel selepas kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Mohamad menghadiri sesi ‘clock in’ bersama timbalannya, Datuk Mohamad Alamin dan seterusnya menerima taklimat daripada kepimpinan tertinggi Wisma Putra mengenai fokus dan keutamaan Kementerian Luar Negeri. Utusan

Sekatan ke atas kapal Israel tak jejas hubungan negara lain – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker