Media sosial kecoh dengan #BebaskanAffendy dari ICU Hospital Pulau Pinang

GEORGETOWN : Media sosial terutama Facebook kecoh dengan rakaman audio membabitkan seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), yang mendakwa dia diculik dan dipaksa  berada di ICU oleh kakitangan hospital berkenaan.

Menerusi rakaman audio yang tular sejak semalam, pesakit berkenaan mendakwa dirinya masih sihat namun dipaksa memakai alat bantuan pernafasan oleh petugas di ICU.

Dengan menggunakan hashtag #BebaskanAffendy, individu yang mendakwa mengenali pesakit berkenaan mahu doktor bertugas segera ‘membebaskan’ pesakit itu daripada ICU HPP.



Pesakit juga mendakwa dia bernafas dengan baik sebelum dipaksa menggunakan alat bantuan pernafasan berkenaan.

Malah pesakit juga mendakwa, dia yang dirawat di HPP sejak minggu lalu hanya datang untuk membuat saringan Covid-19 sebelum ‘diangkut’ untuk dirawat di dalam wad pesakit Covid di HPP.

Menerusi rakaman audio berkenaan, pesakit mendakwa rakannya turut berdepan masalah yang sama apabila ditahan di ICU selepas datang ke HPP untuk membuat saringan Covid-19.

Dalam pada itu, Pengarah HPP, Datuk Dr Teo Gim Sian berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker