Gadis Jolobu The Movie angkat budaya Negeri Sembilan

Gadis Jolobu The Movie angkat budaya Negeri Sembilan

FILEM bergenre komedi romantik arahan CL Hor, Gadis Jolobu The Movie bukan sahaja mengetengahkan dialek Negeri Sembilan sebagai penguat cerita, malah turut mengangkat keunikan budaya adat pepatih serta keunikan tradisi orang Minangkabau sebagai tarikan.

Gadis Jolobu The Movie yang dianggap sebagai sebuah projek mega telah dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn. Bhd.

Menampilkan pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud, Gadis Jolobu The Movie turut menampilkan pelakon baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

Pengasas dan pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, idea menghasilkan filem tersebut tercetus ketika bertemu dengan Hattan pada 2019.

“Idea menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie tercetus susulan sambutan lagu duet Hattan bersama Waris bertajuk Gadis Jolobu yang telah berjaya meraih tontonan hampir 10 juta dalam YouTube.

“Sebagai penyanyi legenda rock tanah air, Hattan tidak pernah memegang watak hero sepanjang berkecimpung dalam industri seni tanah air,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya juga berbincang dengan Hattan untuk menghasilkan filem yang mempunyai elemen muzikal dan banyak lagu seperti zaman Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Bukan senang menampilkan filem genre komedi yang ada sentuhan klasik, tetapi pengarah berpengalaman seperti CL Hor berjaya merealisasikannya,” kata Saraleana.

Mengulas penampilan Ahirine, sebagai penerbit, Saraleana mempunyai visinya untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri seni.

“Pengarah CL Hor sendiri memilih Ahirine menerusi proses uji bakat.

“Ahirine bukan sahaja memiliki kecantikan asli, malah sanggup belajar dialek Negeri Sembilan walaupun dia dibesarkan di bandar.

“Saya berpuas hati dengan hasil lakonan Ahirine sebagai muka baharu dalam industri seni,” katanya.

Beralih cabaran sebagai penerbit, Saraleana berkata, dia perlu menyelesaikan penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie dalam tempoh 14 hari yang dilakukan di Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Mac lalu.

Biarpun berdepan cuaca panas, penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie dapat disempurnakan dengan baik mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan.

“Saya bersyukur Golden Screen Cinemas (GSC) memberi sokongan untuk pembikinan filem ini dan memilih tarikh tayangannya pada 4 Ogos 2022,” katanya.

Menyentuh soal kutipan filem, Saraleana berkata, pihaknya tidak mensasarkan kutipan pecah panggung selepas ditayangkan di pawagam tempatan.

“Kami hasilkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia dan peringkat global. Selepas selesai tayangan di pawagam tempatan, filem ini akan dibawa ke Brunei, Indonesia dan Thailand.

“Kami juga merancang untuk melakukan wayang pacak filem Gadis Jolobu The Movie sekitar Negeri Sembilan pada September depan,” katanya.

Filem Gadis Jolobu The Movie menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara bermula 4 Ogos selain boleh juga ditonton menerusi platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.

Menerusi Gadis Jolobu The Movie, Hattan membawa watak Atan, Joey (Ajoi), Khir (Acong) dan Ahirine (Jijah).

Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan. K Online


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker