Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YSS lancar ‘crowdfunding’ bantu mahasiswa memerlukan

MAHASISWA antara kumpulan yang tidak terkecuali dalam menerima implikasi pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) norma baharu.

Mereka juga berhadapan dengan kekangan seperti tiada kemudahan seperti kelengkapan untuk belajar secara dalam talian serta pakej liputan internet.

Malah, bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi peruntukan yang diberikan pada Oktober tahun lalu pun belum dapat membantu semua mahasiswa.

Oleh demikian satu usaha bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) diadakan untuk melaksanakan ‘crowdfunding’ bagi membantu mahasiswa meneruskan kuliah secara dalam talian.

“Selain daripada itu, KPT juga melalui YSS telah melancarkan satu inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa sebagai satu platform bagi mempelawa pihak luar bersama-sama dengan KPT dalam menyalurkan sumbangan

“Untuk membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan aktiviti PdP tanpa kekangan.

“Usaha yang dibuat ini sangat penting bagi KPT dalam usaha untuk menjayakan aspek ekuiti dengan semua pelajar mendapat hak pendidikan yang setara tanpa jurang antara bandar mahupun luar bandar.”

Demikian kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan KPT komietd untuk memastikan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dapat belajar dengan baik walaupun dalam keadaan norma baharu.

Selain itu, beliau turut memberitahu, KPT membelanjakan RM14 juta bagi memastikan mahasiswa berkeperluan dapat liputan internet bagi meneruskan pembelajaran dalam talian.

Selain itu, bantuan komputer riba kepada pelajar dalam keluarga B40 juga diberikan bagi tujuan sama.

“320,396 pelajar telah dan akan menerima bantuan dalam bentuk sim kad atau tunai atau baucer dengan jumlah peruntukan sebanyak RM24 juta.

“Bagi bantuan peranti (komputer riba) kepada pelajar B40 bersasar, sehingga kini sebanyak 3,773 peranti telahpun diedarkan kepada pelajar-pelajar IPT berkenaan.

“Sementara itu, sebanyak 3,997 buah komputer riba dan desktop lagi sedang dalam proses perolehan oleh KPT untuk diedarkan kepada mereka.

“Sumbangan daripada Dana Universiti Awam, Tabung Haji, Yayasan, Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat, Wakaf dan beberapa sumber lain ini melibatkan peruntukan lebih RM13 juta.

“KPT juga telah mengadakan perbincangan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk satu lagi inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-i COMSIS bagi pembelian komputer riba oleh pelajar IPT,” katanya. – SM

https://mykmu.net/2017/07/20/parlimen-mahasiswa-sedia-jadi-calon-sokong-bn/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker