Jurulatih dan pemain bola sepak kejar pengadil

Jurulatih dan pemain bola sepak kejar pengadil

IPOH: Aksi separuh akhir perlawanan Liga Bola Sepak Pasukan Bola Sepak Ipoh (PBI), di padang bola sepak Taman Dr Seenivasagam, di sini semalam dicemari insiden kekecohan membabitkan pemain serta jurulath susulan tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadilan.

Rakaman video berdurasi 49 saat memaparkan detik kekecohan itu turut tular di media sosial hari ini.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata setakat ini tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian itu, namun semakan lanjut pihaknya mendapati kejadian dalam video berkenaan berlaku semalam.

Katanya, kekecohan tercetus semasa perlawanan liga bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh membabitkan dua pasukan atau kelab bola sepak tempatan dalam perlawanan separuh akhir.

Beliau berkata, dalam kejadian itu sekumpulan jurulatih dan pemain yang kalah dalam perlawanan bola sepak tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil lalu bertindak mengejar beberapa pengadil selepas perlawanan selesai.

“Semakan polis mendapati tiada sebarang laporan polis diterima susulan kejadian. Semakan lajut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.55 petang semalam (Khamis) di padang bola sepak Taman Dr Seenivasagam.



“Bagaimanapun, tiada sebarang pergaduhan berlaku dalam kejadian itu serta tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya lagi, susulan itu polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat palsu mengenai rakaman video terbabit sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat. BH

Jurulatih dan pemain bola sepak kejar pengadil

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker