Rugi hampir RM1 juta ditipu pemanggil 011-23696711

MELAKA – Polis negeri ini mengesan nombor telefon 011-2369 6711 digunakan oleh individu ‘scammer’ yang sehingga kini telah menipu lima mangsa melibatkan kerugian mencecah hampir RM1 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, terbaharu, polis menerima laporan seorang wanita peniaga lemang kerugian RM96,930 selepas ditipu pemanggil sama yang mengajaknya menyertai pelaburan syarikat perkapalan.

Menurutnya, mangsa berusia 47 tahun itu dihubungi suspek pada Jun 2020 sebelum tertarik dengan pelaburan yang didakwa akan memberikan pulangan keuntungan dalam tempoh 14 hari berdasarkan hasil aktiviti perkapalan dijalankan.

“Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu telah memasukkan wang berjumlah RM96,930 ke tiga akaun berbeza bermula 5 Jun 2020 sehingga 25 Januari lalu.

“Kesemua wang tersebut dimasukkan sebagai bayaran modal dan lain-lain caj seperti proses tekan tera (stamping),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek bagaimanapun menyedari dirinya telah ditipu apabila suspek masih menghubunginya dan meminta untuk memasukkan wang.

“Mangsa kemudian telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil semakan polis, nombor telefon 011-2369 6711 ini telah terlibat dengan empat laporan lain dan menggunakan modus operandi sama dengan kerugian keseluruhan ditanggung kesemua lima mangsa mencecah RM871,360,” katanya. – K! ONLINE

RM10,000 nilai sebuah kesunyian, suri rumah akhirnya ditipu kenalan Facebook

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker