Peguam Ustaz Wadi Annuar tidak dibenar tampil bersama

Sesi ambil keterangan Ustaz Wadi Annuar gagal

Peguam Ustaz Wadi Annuar tidak dibenar tampil bersama

Kangar: Sesi ambil keterangan penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) di sini, hari ini gagal selepas barisan peguamnya tidak dibenarkan tampil bersama.

Pendakwah yang berasal dari Sungai Petani itu tampil seperti dijanjikan di Pejabat JAIPs bagi memberi keterangan berhubung penyertaannya pada program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang, di sini pada 28 Mac lalu tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.



Ustaz Wadi yang ditemani dua peguamnya, Mohd Jamil Yaacob dan Mohamad Kamarulzaman Jusoh tiba sekitar jam 10 pagi sebelum dibenarkan memasuki pejabat JAIPs sekitar jam 10.30 pagi.

Mohd Jamil berkata, namun sepanjang tempoh satu jam mereka berada di premis berkenaan, pelbagai kerenah birokrasi didakwa cuba ditimbulkan oleh pegawai JAIPs menyebabkan mereka mengambil keputusan beredar tanpa proses memberi keterangan dilakukan.

Katanya, anak guamnya sudah memenuhi arahan untuk tampil ke pejabat JAIPs hari ini seperti yang dijanjikan namun pelbagai hak termasuk mendapatkan peguam ketika sesi temubual dinafikan JAIPs.

“Kami diberitahu ia adalah sesi temubual antara JAIPs dan anak guam saya dan mereka tidak membenarkan mana-mana pihak selain Ustaz Wadi untuk hadir bersama dalam sesi itu.



“Namun, semasa kami berada di situ, mereka (JAIPs) menyatakan pula sesi itu adalah sebagai sesi siasatan jadi kami tidak pasti sesi ini sebenarnya yang mana satu sama ada sesi siasatan, temubual, perjumpaan mesra atau sembang santai kerana kami tidak pasti.

“Apabila kami bertanyakan bahawa sesi yang dijalankan itu termaktub dalam enakmen apa? pegawai JAIPs itu juga gagal memberi penjelasan malah kami pula ditanya mengapa kami hendak tahu mengenai itu (Enakmen) dan ini kami rasakan sebagai satu proses yang tidak munasabah,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang di sini, hari ini.

Mohd Jamil berkata, pada mulanya mereka dibenarkan masuk namun Ustaz Wadi hanya boleh membawa seorang peguam sahaja untuk menemaninya.

“Ini juga adalah sesuatu perkara yang tidak munasabah kerana anak guam saya mahukan dua peguam yang dilantik olehnya mengiringinya jadi kami tidak nampak sebab mengapa kehadiran kami sebagai peguam perlu dihalang oleh JAIPs.



“Mengapa tarikh 2 Mei ini akhirnya kami persetujui adalah pada awalnya ia sepatutnya dijalankan pada 17 April lalu tetapi pada tarikh itu anak guam saya berada di Turkiye dan Syria di atas misi bantuan kemanusiaan gempa bumi.

“Malah apabila berada di sana juga anak guam saya demam dan penerbangan pulang ke Malaysia juga ditunda disebabkan cuaca ditambah dengan Aidilfitri maka anak guam saya putuskan untuk meminta penangguhan dan JAIPs membenarkan menerusi surat yang ditandatangani pengarahnya yang mana tarikh hari ini dipilih,” katanya.

Mohd Jamil percaya bahawa JAIPs akan melakukan penjadualan semula bagi anak guamnya untuk hadir semula memberikan kerjasama dalam sesi temubual itu nanti.

“Dalam masa yang sama juga, kami pohon JAIPs supaya menghormati hak Ustaz Wadi seperti akses kepada kehadiran peguam dalam sesi berkenaan.



“Ini adalah prosedur biasa di mana peguam sememangnya mempunyai hak mewakili anak guamnya untuk bersama dalam sesi temubual atau sesi proses siasatan,” katanya.

Terdahulu, sekitar 80 hingga 90 orang penyokong Ustaz Wadi hadir di Pejabat JAIPs dan Kompleks Pendidikan MATIN sebagai solidariti dan sokongan terhadap pendakwah itu. HM

Peguam Ustaz Wadi Annuar tidak dibenar tampil bersama

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker