Suami Miera Leyana, isteri pertama diarah lantik wakil JKP

Suami Miera Leyana, isteri pertama diarah lantik wakil JKP

Suami Miera Leyana, Rosland Othman dan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes penceraian mereka.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakili Adibah selepas pergurusan kes itu dihadapan Penolong Pendaftar Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusuf.

Khairul Anwar berkata, perintah itu dikeluarkan berikutan anak guam tidak bersetuju dengan tindakan suaminya memfailkan perceraian.

“Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan mereka selama 28 tahun dengan dikurniakan lima cahaya mata itu perlu dipertahankan.

“Sehubungan itu, pihak kami berjaya mendapat keputusan yang adil (bantah cerai) dan kedua-dua pihak perlu melantik JKP supaya hakim dapat menentukan letak duduknya kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu.

Adibah, 50, yang berjubah hitam turut diwakili Peguam Syarie, Mohd Junid Ramli manakala Rosland, 50, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik diwakili peguam daripada Tetuan Datuk Seri Amli Embung.

Rosland selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984, iaitu perceraian secara baik.

Sementara itu, Mohd Junid berkata, pihak plaintif memfailkan perceraian tanpa alasan kukuh dan tanpa menyatakan justifikasi serta jaminan kepada anak guamnya.

“Kita tunggu untuk pihak-pihak membawa wakil pada sidang akan datang untuk memberi keadilan kepada defendan sebab bukan salah dia.

“Dia (plaintif) berkeras tadi untuk meneruskan lafaz cerai dan Alhamdulillah mahkamah terima hujah kami untuk tidak boleh dia sewenang-wenangnya menceraikan anak guam kami,” katanya.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 3 Mei depan untuk kedua pihak melantik wakil JKP masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan, madu kepada Miera Leyana itu mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suami, meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.

Adibah dilaporkan berkata, dia tidak berhasrat memfailkan perceraian dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya mengamalkan poligami selepas berkahwin dua dengan pelakon terbabit pada Julai 2020. HM

Suami Miera Leyana, isteri pertama diarah lantik wakil JKP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker