Atendan klinik mengaku tak bersalah lakukan amang seksual ke atas 2 anak kandung


IPOH: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya di Sitiawan tahun lalu.

Tertuduh, 42, yang juga atendan kesihatan di sebuah klinik kerajaan di Manjung membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun dengan memegang kemaluannya bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Lekir kira-kira 2.30 pagi 10 Apr 2020.

Dia turut didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang lagi anak kandungnya berusia 9 tahun dalam bulan sama antara 8 hingga 12 tengah malam di lokasi sama.



Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-kanak, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan disebat, serta diletakkan bawah pengawasan polis tidak kurang setahun dan maksimum tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Asri Othman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 25 Feb untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap satu haribulan sehingga prosiding kes selesai, serta melarang tertuduh berkomunikasi dengan pengadu sepanjang kes itu berlangsung.



Pemandu teksi didakwa amang seksual fizikal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker