Kenapa saya kahwin wanita lebih tua

Kenapa saya kahwin wanita lebih tua

Berang dengan sikap segelintir netizen yang memperlekeh wajah polos Liyana Jasmay, pelakon Zain Saidin menyelar tindakan sedemikian dengan menyifatkan perkara itu sebagai buli siber.

Katanya, dia perlu membuat teguran memandangkan kecaman dilemparkan juga menunjukkan pelaku tidak menghormati suami aktres berkenaan apabila mendakwa lelaki itu salah pilih isteri.

“Saya ada terbaca satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut mengatakan Liyana Jasmay telah menjadi mangsa buli fizikal kerana wajahnya.

“Ada juga yang mempertikaikan bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia dengan keadaan mukanya yang sebegitu.

“Saya kena tegur perkara ini kerana saya rasa benda itu salah. Apa benda nak cakap perkara macam tu? Awak sendiri tak kenal dia,” katanya menerusi hantaran dalam Tik Tok.

Dalam perkongsian sama, pelakon Oh My English itu turut menyatakan pernah berdepan situasi sama ketika mahu mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan.

Menurut pemilik nama lengkap Mohamad Zain Mohd. Saidin, 40, itu, ada yang tertanya-tanya sebab dia memilih wanita lebih berusia daripadanya.

“Satu ketika dahulu, saya juga sering ditanya kenapa berkahwin dengan wanita lebih tua. Tiada anak dara lagi ke? Sejujurnya, pada permulaan memang kita jatuh hati dengan rupa paras.

“Namun, rupa tak kekal selamanya. Yang buat saya jatuh cinta dengan Che Ta adalah kerana budi bahasa, cara hidup dan isi hatinya.

“Faktor itu yang buatkan kita nak keluar ‘dating’ dan memulakan perkenalan. Kita bertahan bukan kerana rupa tetapi isi hati orang tersebut yang buatkan kita selesa,” ujarnya.

Sekali gus, Zain yang juga bapa kepada seorang anak perempuan percaya Liyana memiliki kecantikan dan kelebihan tersendiri yang membuatkan suaminya jatuh hati.

Aktor terbabit turut mengingatkan kaki kecam bahawa masa tua mereka pasti hadir suatu hari nanti seiring peningkatan usia.

“Awak kutuk muka dia tapi tunggulah ketika anda tua sikit nanti. Baru anda tahu macam mana perasaannya.

“Saya pasti Liyana memiliki sesuatu yang membuatkan suaminya jatuh cinta. Dia jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi kerana hati Liyana.

“Kerana cinta, saya pasti dia akan pertahankan maruah isterinya. Kita tidak menilai seseorang itu kerana rupa sahaja,” ulasnya lagi.

Sebelum ini, Liyana, 36, berkongsi video dalam platform Tik Tok yang menunjukkannya menikmati burger di sebuah hotel.

Dalam paparan tersebut, Liyana berkongsi wajah tanpa secalit solekan selain mendedahkan dia belum tidur lebih daripada 16 jam berikutan memenuhi jadual penggambaran.

Walaupun ramai memuji tindakannya berani berkongsi wajah polos, ada netizen yang meninggalkan komen negatif termasuk menggelarkan wajahnya seperti pembantu rumah atau bibik. K Online

Kenapa saya kahwin wanita lebih tua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker