Chacha Maembong dikejar peminat fanatik yang mahu berkahwin dengannya
Chacha Maembong dikejar peminat fanatik yang mahu berkahwin dengannya
Pelakon, Chacha Maembong mendedahkan dia pernah dikejar seorang ‘stalker’ ketika menyertai acara jualan karnival di Kedah beberapa bulan lalu.
Chacha menyifatkan insiden itu hampir sama dengan apa yang dihadapi pelakon, Kamal Adli yang cedera diserang dan dipukul seorang lelaki di karnival jualan di Singapura, baru-baru ini.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Chacha berkata, lelaki itu adalah peminat yang terlalu fanatik sehingga sanggup datang hingga ke gerai jualannya.
“Saya kena teruk cuma tak beritahu sesiapa sebelum ini. Bukan setakat diekori, malah saya kena macam-macam lagi. Dia tanya pasal keluarga. Saya rasa tak selamat sampai dia tahu kita duduk mana. Saya masuk kereta dan dia ikut dengan keretanya.
“Ada satu tahap sampai dia panggil saya sebagai isteri. Saya sedang masak di gerai, dia tiba-tiba datang dan kata, oh my wife, cantiknya, you pandai masak dan macam-macam lagi,” katanya.
Chacha berkata, dia mendapatkan pertolongan penganjur serta membuat laporan polis tetapi perkara ini masih belum selesai.
“Masa buat laporan polis, dia DM di Instagram. Rupanya selama ini dia dah lama sangat DM saya. Dia dah berkahwin tapi katanya dapat lampu hijau daripada isteri untuk kahwin dengan saya.
“Dia kacau semua keluarga saya. Dia tak takut dengan laporan polis. Bila ada lagi acara di Kedah, dia datang lagi dan tunggu betul-betul di belakang gerai sampaikan saya jadi takut.
“Saya terduduk di gerai dan badan menggeletar serta pengsan. Memang terkejut kerana dia tak takut pun dengan laporan polis. Bayangkan sanggup datang lagi dan berani sampai masuk dalam khemah,” katanya yang tidak mahu menyalahkan penganjur dalam hal ini.
Dalam perkembangan lain, Chacha akan bergandingan dengan Syrul Ezwan mengendalikan program muzikal Suke Tune setiap Isnin jam 9 hingga 10 malam. HM
Chacha Maembong dikejar peminat fanatik yang mahu berkahwin dengannya
Baca Artikel Menarik:
- Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat
- Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
- Kerajaan ambil semua wang saya
- Rayu lawat kubur isteri selepas tembak matinya
- Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]
- Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung
- Jantung bengkak dan jangkitan kuman, Ustaz Azhar Idrus ditahan di hospital
- ‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta
- Tolak ‘calon proksi’ pada pemilihan ini – Zahid
- Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun
- Tukar Pengundi: Taktikal terancang rampas kawasan dalam PRN
- Taikun pendana politik perlu didedahkan kepada umum
- Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah
Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin