Anak Taikun Ditemui Mati Berbogel, Nekad Terjun Bangunan Bersama Bayi Dalam Pelukan
Seorang wanita berusia 34 tahun telah ditemui mati selepas bertindak membunuh diri dengan melompat dari bangunan rumahnya. Lebih mengejutkan apabila dia tidak melakukan perbuatan itu seorang diri malah telah membawa bayi perempuannya bersama.
Terjun bersama bayi
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Daily Mail, wanita yang dikenali dengan nama Luo Lili itu merupakan seorang sosialit dan anak tunggal kepada taikun dan pemilik Jinlin Real Estate di Hong Kong. Mangsa berusia 34 tahun nekad mengakhiri hidup bersama bayi perempuannya, Aier yang baru sahaja berusia lima bulan.
Difahamkan, mangsa bertindak terjun dari rumah penthouse berketinggian 5,000 kaki apabila teman lelakinya tidak mahu berkahwin selepas mengetahui dirinya sudah hamil.
Mangsa dipercayai mengalami depresi selepas melahirkan. Walaupun begitu, perkara tersebut masih belum disahkan oleh ahli keluarga mangsa.
Mati dalam keadaan berbogel
Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia. Menurut sumber, mangsa dikatakan berada dalam keadaan berbogel ketika mayat dia dan anaknya ditemui. Memang tidak dapat dinafikan, berita kematian Luo Lili ini amat mengejutkan ramai kerana mangsa sebelum ini kelihatan sangat bahagia dengan kehidupannya.
Malah manga juga sering memuatnaik foto bersama bayi perempuannya itu di media sosial. Tetapi siapa sangka, di sebalik senyuman itu tersimpan penderitaan yang tidak tertanggung-OHBulan
Sumber: Daily Mail
https://mykmu.net/2018/04/05/dulu-dia-sound-anak-perempuannya-sekarang-dia-ikut-sekali/
You must be logged in to post a comment.