Bilionair Britain meninggal dunia

LONDON – Pemilik bersama akhbar Daily Telegraph, Sir David Barclay dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun selepas jatuh sakit dalam tempoh singkat.

Menurut laporan Daily Telegraph hari ini, mendiang telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu.

David dan kembarnya, Frederick  terkenal sebagai individu yang tidak sukakan perhatian media dan jarang membuka ruang untuk diwawancara.



Antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir atas pemergian Barclay adalah Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Johnson pernah berkhidmat di Daily Telegraph sebagai koresponden Eropah yang mengkritik golongan Eurokrasi Brussels sekitar 1990-an sebelum bergelar kolumnis di akhbar sama.

“Dengan penuh rasa hormat dan kagum, saya ucapkan selamat jalan buat Sir David Barclay yang menyelamatkan sebuah surat khabar yang hebat, mencipta ribuan peluang pekerjaan di seluruh Britain dan mempercayai kemerdekaan negara ini dan apa yang boleh dicapainya,” tulis Johnson di laman Twitter.

Pasangan kembar ini dilaporkan mempunyai anggaran kekayaan sebanyak £7 bilion (RM34 bilion), menurut Senarai Jutawan 2020 Sunday Times.



Selain akhbar Daily Telegraph, The Barclays juga merupakan bekas pemilik bersama hotel mewah, The Ritz-London sejak 1995 sebelum menjualnya pada Mac tahun lalu.

Mendiang yang pernah berkahwin sebanyak dua kali meninggalkan empat anak lelaki. – AFP

Britain berdepan pengasingan, sempadan ditutup



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker