Pas sama juga pengkhianat – Mat Sabu

MENJATUHKAN kerajaan dipilih rakyat melalui `pintu belakang’ Langkah Sheraton 24 Februari 2020 masih tidak dapat diterima oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu.

Ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, AHMAD FADHLULLAH ADNAN selepas ceramah mega pimpinan Pakatan Harapan di Bilik Operasi DUN Kota Iskandar, Iskandar Puteri malam kelmarin, Mohamad melabelkan mereka yang terlibat mencatur `rampasan kuasa pintu belakang’ itu sebagai pengkhianat. Label itu juga kata Ahli Parlimen Kota Raja itu termasuk kepada parti yang bersekongkol.

UTUSAN: Jarang YB menonjol di media berbanding timbalan presiden parti YB dan satu dua yang lain?
Saya paling kerap turun padang membantu jentera-jentera di bawah berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tetapi (tak dinafikan) Datuk Seri Salahuddin Ayub agak kelihatan kerana dia orang sini (Ahli Parlimen Pulai dan ADUN Simpang Jeram).

Amanah kalah teruk dalam PRN Melaka dan Sarawak, masih lagi mahu tanding di Johor?
Amanah sendirinya tidak kuat. Parti ini bergantung kepada politik kawan-kawan. Tetapi di Johor, perpaduan kita bagus dan kita yakin kemenangan ada kali ini serta lebih hebat.

United Kingdom

Jika masih keputusan sama seperti PRN Melaka dan Sarawak, mungkin ada strategi lain untuk harungi Pilihan Raya Umum Ke-15?
Besar harapan kita supaya PRU15 kena bebaskan Covid-19, biar kita boleh berceramah seperti di United Kingdom (UK). Jika bebas, maka kita boleh berkempen dan sebagainya.

Pertembungan sesama sendiri calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan PKR di DUN Larkin, bagaimana boleh jadi macam ini?
Ia sering berlaku sebelum ini, bahkan semasa Pakatan Rakyat pun pernah berlaku di satu atau dua tempat. Itu perkara-perkara marginal yang kita boleh hadapi. Jadi, itu (pertembungan di Larkin) telah terjadi.

Dengan kemenangan besar BN di Melaka, ditambah kekalahan teruk parti-parti dari PH, kenapa Amanah tidak cari jalan berbaik-baik dengan Pas?
Sekiranya Pas berikan salam persahabatan, kita akan bincang terlebih dahulu. Ini kerana mereka telah melakukan pengkhianatan besar sebelum ini dengan bersekongkol bersama golongan pengkhianat untuk menjatuhkan kerajaan dipilih oleh rakyat melalui Langkah Sheraton.

Golongan pengkhianat bukan sahaja kepada mereka yang merancang, tetapi termasuk Pas yang bersekongkol.- UTUSAN

Pas sama juga pengkhianat – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker