PRN Johor: Saingan Banyak Penjuru Beri Kelebihan Pada BN – Najib [VIDEO]

PRN Johor: Saingan Banyak Penjuru Beri Kelebihan Pada BN – Najib [VIDEO]

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyifatkan saingan banyak penjuru pada kebanyakkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka memberi kelebihan buat parti gabungan itu.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu bersikap optimis dan menyerahkan kepada rakyat dalam membuat penilaian.

Menurut Najib, setiap calon BN yang bertanding turut dinasihatkan untuk bersikap tawaduk selain perlu menyedari bahawa mandat yang diberikan untuk memimpin kerajaan perlu diperoleh daripada rakyat.
“Macam pepatah Inggeris berkata the more the merrier jadi kita rasa bahawa lebih ramai calon kemungkinan lebih baik peluang utk BN.

“Itu kemungkinan, tapi kita tidak boleh merasakan terlalu optimis… kita mesti bekerja keras dan yakin bahawa kita menawarkan agenda yang terbaik untuk rakyat,” kata Najib.



Beliau berkata demikian selepas menghadiri program santai bersama penduduk di Taman Cempaka di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri memaklumkan, kemenangan BN dalam PRN Johor mampu memberikan impak dan menjadi titik perubahan dalam landskap politik negara.

“Setiap kali kita kata ada PRN, itu macam testing ground tapi kalau dari segi nilai politiknya, negeri Johor memang lebih besar dengan 56 DUN dan 26 Parlimen. (Ini) bererti bahawa sesiapa yang berjaya di sini (Johor) akan membawa impak yang besar kepada senario dan landskap politik dalam negara,” jelas Najib lagi.



PRN Johor: Saingan Banyak Penjuru Beri Kelebihan Pada BN – Najib [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker