Parlimen digantung, tiada PRU semasa darurat


Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat, kata perdana menteri.

Bagaimanapun, badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa.

Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasnya sebentar tadi.

Muhyiddin Yasin berkata, Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi membendung gejala wabak Covid-19 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan bentuk rampasan kuasa.



Menurut Perdana Menteri, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.

“Kerajaan awam akan terus berfungsi,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas darurat secara langsung hari ini.

Sementara itu Takiyuddin berkata sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen.

“Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.



“Bagaimanapun, Parlimen boleh membuat ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh),” katanya.

Kuasa PM, Kerajaan, Parlimen dan Mahkamah semasa darurat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker