Lelaki maut kereta dipandu bertembung bas

TELUK INTAN – Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah bas henti-henti di Kilometer 28, Jalan Langkap-Kampar berhampiran Kampung Degong di sini hari ini.

KEADAAN kereta dipandu mangsa kemalangan maut yang remuk setelah bertembung dengan bas henti-henti di Kilometer 28, Jalan Langkap-Kampar berhampiran Kampung Degong hari ini.-Foto ihsan JBPM

Nahas tersebut mengorbankan Ahmad Zulfendi Anuar, 30, yang memandu kereta jenis Toyota Corolla di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.



Difahamkan, ketika kejadian terdapat penumpang dalam bas berkenaan namun tiada sebarang kecederaan melibatkan mereka termasuk pemandu bas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.29 malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta dengan pemandu kereta tersepit dalam kenderaan.

“Operasi mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit segera dijalankan namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.



“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 8.20 malam,” katanya. -K!ONLINE

Dua beranak maut, kereta dipandu terbabas ke bahu jalan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker