‘Kubur’ ribuan basikal

Beijing: Sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China diibaratkan kubur untuk ribuan basikal.

Kawasan itu dijadikan stor meletakkan basikal rosak milik syarikat sewaan negara itu.

Namun, jumlahnya meningkat saban hari sehingga menjadi lautan basikal terpakai.

Daripada hanya beberapa basikal, kawasan itu kini menempatkan ribuan basikal.

Jurugambar, Jackie Xie sempat merakam gambar di kawasan berkenaan berkata, basikal rosak itu menunggu giliran dibaiki.

“Mereka hantar basikal ke sini untuk dibaiki dan ada untuk dilusuhkan sebagai besi buruk.

“Kawasan ini menjadi tempat simpanan sementara kerana sebuah bangunan baru dibina di sini,” katanya seperti dilaporkan portal thesun.co.uk.

Menurutnya, syarikat itu menyewakan basikal kepada orang ramai dengan hanya mengimbas kod pada telefon bimbit.

“Selepas menunggang, mereka boleh meletakkan basikal dengan menguncinya di mana saja.

“Malah harga sewaan ditawarkan amat berpatutan,” katanya.-HM

Harga basikal lagi mahal daripada kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker