Enam tahun berumah di hospital

Beijing: Sebuah keluarga menjadikan hospital di bandar ini sebagai rumah sejak enam tahun lalu sebelum diarahkan keluar.

Menerusi laporan portal Odditycentral.com, kisah tiga beranak itu menjadi perhatian selepas enggan keluar kerana tidak mahu membayar kos perubatan.

Semuanya bermula apabila lelaki dikenali sebagai Tian mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 2014 kerana mengalami sakit perut dan muntah.

Dia kemudian menerima rawatan selama dua bulan di hospital berkenaan sebelum disahkan sembuh dan dibenarkan keluar.



Namun, Tian terkejut selepas mendapati kos rawatannya mencecah 1.26 juta yuan (kira-kira RM785,000) oleh pengurusan hospital.

Dia melakukan protes dan membawa ibu bapanya untuk terus menetap di hospital berkenaan selama enam tahun.

Malah, lelaki itu turut mengubah dekorasi bilik wad seperti rumah dengan meletakkan makanan dan barangan peribadi mereka.

Mereka turut menyambut Tahun Baru Cina di hospital walaupun secara tradisi disambut bersama keluarga di rumah.



Walaupun pelbagai cara dilakukan pengurusan hospital, namun keluarga berkenaan enggan keluar.

Buntu dengan kedegilan lelaki itu menyebabkan pengurusan hospital bersetuju agar tiada bayaran dikenakan untuk rawatan seperti dituntut sebelum ini dan hanya mahu mereka keluar-HM

‘Guna semua aset kerajaan angkut pesakit Covid-19 ke hospital’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker