Amaran cuaca bahaya di 6 negeri

Share

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kudat, Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, berkata amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Sabah meliputi kawasan Pantai Barat dan Sandakan (Beluran) sehingga esok.

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda Pahang membabitkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin manakala, di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor sehingga esok,” kata kenyataan itu.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah serta di Sabah di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort dan Tambunan) dan Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga esok.

Jailan berkata, angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter, dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak, dalam tempoh berkenaan.

“Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/jam dengan ombak melebihi 3.5 meter, dijangka berlaku di perairan Sabah Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh itu.

“Keadaan ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit,” katanya.

Leave a Reply