Rina Harun SAH positif COVID-19

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, telah disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

“YB Datuk Seri Rina telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Sebaran :

Leave a Reply