3 sekeluarga nyaris maut kenderaan dihanyut banjir

Terkini di My KMU !!!!---->

KEMAMAN: Gara-gara meredah banjir tiga sekeluarga nyaris maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki dihanyutkan arus di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai, Kemaman pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, semua mangsa dari Kuantan, Pahang menghala ke Mak Lagam, Kemaman.

Katanya, pemandu pacuan empat roda itu cuba meredah banjir walaupun jalan berkenaan sudah ditutup bagi semua jenis kenderaan.

“Tindakan itu telah menyebabkan kenderaan itu rosak dan mula tenggelam di dalam air berkenaan.

“Terdapat tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua perempuan yang berusia antara 20 hingga 40 tahun dan semua mereka sempat keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya di sini, pada Sabtu.

Menurut Hanyan, polis dan bomba yang berada di lokasi turut memberikan bantuan kepada mangsa dan mengeluarkan kenderaan mereka.

Dalam pada itu, Hanyan sekali lagi mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa, terutamanya melibatkan laluan yang dinaiki air agar dapat mengelakkan tragedi.

Leave a Reply