Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas

Terkini di My KMU !!!!---->

JAKARTA: Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia, petang tadi.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, hari ini.

Sementara itu, Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar malam ini, berkata pesawat itu disahkan terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu. – BERNAMA

Leave a Reply