ANKARA: Raja Arab Saudi menerima suntikan vaksin COVID-19, semalam, lapor Agensi Anadolu dengan berdasarkan laporan media negara itu.
Agensi Berita Saudi (SPA) memaparkan dua gambar dan sebuah video pendek dalam Twitter yang menunjukkan seorang profesional penjagaan kesihatan sedang menyuntik vaksin itu pada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Setakat ini, Arab Saudi melaporkan 363,582 jangkitan dan 6,282 kematian akibat COVID-19.
Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 1.9 juta nyawa di 191 negara dan rantau seluruh dunia.
Secara global hingga kini, lebih 88.58 juta jangkitan dilaporkan dengan lebih 49.28 juta pesakit berjaya sembuh, menurut perangkaan dikumpulkan Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS). – BERNAMA
JEDDAH: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz menerima dos pertama vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat Pfizer BioNTech. Lebih 500,000 orang di Saudi sudah mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin terbabit, sejak ia dilancarkan di negara itu Selasa lalu. Sementara itu, salah satu daripada ratusan pusat vaksin di Saudi,…
79.34 peratus berkesan cegah jangkitan virus ke atas manusia China hari ini meluluskan vaksin COVID-19 oleh gergasi farmaseutikal Sinopharm, dengan dos pertama diberikan kepada orang ramai. Langkah itu sebagai persediaan menghadapi peningkatan risiko akibat musim sejuk. Tiada data keberkesanan vaksin didedahkan namun pembangunnya, Institut Produk Biologi Beijing – unit anak…
Kakitangan kerajaan perlu divaksin sebelum masuk tempat kerja Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan membenarkan jemaah beriktikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadan. Pengumuman itu dilakukan menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna, di mana solat sunat dilakukan antara Isyak dan sebelum solat Subuh. Pada masa sama, beberapa kementerian dan jabatan…
You must be logged in to post a comment.