[VIDEO] “Baru Betul Lesen Agong!” -Tuanku Cemar Duli Ziarah Rakyat Masa Banjir Dan Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung
Umum sedia maklum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mencemar duli menziarahi kawasan-kawasan yang dilanda banjir khususnya di Pahang sejak beberapa hari yang lalu.
Santuni rakyat jelata tumpang motor penduduk
Baginda bukan sahaja memantau keadaan banjir terkini tetapi turut menghulurkan bantuan dan memasak makanan buat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.
Selain daripada itu, baginda Agong turut masuk ke dalam kampung untuk melihat rakyat-rakyat Pahang yang menjadi mangsa banjir. Video pertemuan baginda dengan rakyat telah tular selepas laman Instagram Tuanku Permaisuri dan Facebook Info Roadblock JPJ/Polis memuat naiknya di laman sosial.
Ni baru betul lesen Agong
Apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan baginda yang hanya membonceng motosikal penduduk kampung bagi menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis.
Nasib tak terlupa dah masuk gear
Kenangan paling best bila dapat bawa Agong
Bertuah budak tu Tuanku Agong pegang bahu dia
Video yang diperoleh daripada En Ahmad Eiazar Bin Sharuddin itu dikongsikan di Instagram Tuanku Permaisuri Agong dan telah mendapat lebih daripada 202 ribu tontonan dan ratusan komen sejak dimuat naik dan juga dari laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis telah mendapat lebih daripada 10 ribu tanda suka dan ratusan komen.
KDYMM Baginda Agong telah menziarahi daerah-daerah di Pahang yang sedang dilanda banjir buruk dengan memberikan bantuan dan juga sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sejak beberapa hari yang lalu.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis dan Instagram AirTanganTunkuAzizah OHMyMedia