Lelaki mabuk buat kacau punca gaduh dalam kedai serbaneka

Lelaki mabuk buat kacau punca gaduh dalam kedai serbaneka

Lelaki mabuk buat kacau punca gaduh dalam kedai serbaneka

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti suspek kes pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Petaling Jaya dekat sini yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pekerja premis itu membuat laporan jam 3.26 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati insiden bermula apabila suspek masuk ke dalam premis dalam keadaan mabuk dan mengganggu pekerja sehingga mencetuskan pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis akan memanggil suspek serta saksi untuk dirakam percakapan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau membuat sebarang spekulasi tidak benar di media sosial berhubung insiden itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Mereka yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-79662222 atau Inspektor Muhamad Shahiren Ibrahim 019-5693864 atau ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Video kejadian itu tular di media sosial memaparkan dua lelaki sedang bergelut di hadapan kaunter bayaran sebuah kedai serbaneka yang turut disaksikan beberapa pelanggan lain.

Lelaki mabuk buat kacau punca gaduh dalam kedai serbaneka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker