Polis Miri musnah bom tinggalan Perang Dunia Kedua

Miri: Polis Miri hari ini memusnahkan bom aerial tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemukan orang awam berhampiran pantai Tanjung Lobang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, bom seberat 113 kilogram, sepanjang 1.10 meter itu masih aktif.

“Operasi meletupkan bom ini dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Letupan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada jam 10 pagi dan jam 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bom terbabit berjaya diletupkan dengan impak yang paling minimum tanpa kecederaan.

“Kita bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung kes ini semalam.

“Bagaimanapun, operasi meletupkannya terpaksa ditangguh hari ini disebabkan kawasan itu ditenggelami air pasang,” katanya.

Semalam, seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan satu objek menyerupai bom ketika mahu membuang air kecil di kawasan semak berhampiran pantai Tanjung Lobang-HM

Bom Mortar Tinggalan Perang Dunia Kedua Ditemukan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker