Jangan mudah terpedaya kata-kata Israel

Jangan mudah terpedaya kata-kata Israel

KEKEJAMAN berterusan Israel terhadap rakyat Palestin jelas menunjukkan mereka ingin menghancurkan segalanya tentang negara itu.

SAUDARA PENGARANG,



BARU-BARU ini, rakyat Malaysia menerima berita menyayat hati apabila bekas siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan 20 ahli keluarga mereka maut dalam serangan bom di Gaza.

Bukan itu sahaja berita sedih disampaikan, malah difahamkan sebuah lori yang sedang membawa orang tua, kanak-kanak serta bayi menuju ke arah selatan Gaza dibom oleh tentera Israel. Selain itu, pengeboman hospital dan penduduk Palestin disekat daripada menerima akses elektrik, air serta makanan bagi meneruskan hidup. Jelas, Israel sangatlah ingin menghancurkan semua rakyat Palestin.

Walaupun baru-baru ini dunia mendapat khabar gembira kononnya Israel membenarkan bantuan berupa makanan, pakaian, air dan sebagainya dibenarkan dibawa masuk ke kawasan konflik. Namun, media di sana mendedahkan sebaliknya apabila konvoi kemanusiaan serta bantuan tidak dapat masuk ke laluan sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza akibat disekat dan ditutup oleh tentera Israel.

Rentetan itu, rakyat Malaysia masih tetap mendoakan kemenangan Palestin dan berusaha menyumbangkan segala yang mampu untuk mereka di sana. Bahkan daripada agensi-agensi bukan di bawah kerajaan yang banyak membantu dan menyalurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Palestin.



Perilaku tentera Zionis Israel mendapat kecaman daripada pelbagai negara yang menganggap hal itu sebagai tindakan melanggar undang-undang.

Sebagai rakyat, kita semua janganlah senang terpedaya dengan tipu helah rejim Israel. Selidik dahulu sebelum menyebarkannya. Bukan itu sahaja, bangunan kerajaan yang dibina di Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia turut menjadi mangsa pengeboman tentera Israel.

Namun, kita tidak boleh berputus asa dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan akan kembali mengumpulkan dana serta terus berdoa dalam usaha membantu penduduk di sana. Utusan

NURUL AMAL AHLAMI SHUIB dan PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Jabatan Sejarah Tamadun Islam
Universiti Malaya



Jangan mudah terpedaya kata-kata Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker