Al-Fatihah: Lelaki maut motosikal terbabas

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terlanggar batu penghadang tepi jalan di Kilometer 7.9 Lebuh Raya Damansara Puchong semalam.

Mohd. Ariff maut akibat terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi, mangsa, Mohd. Ariff Mohd. Suhimi,34, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan pada kepala.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150 itu menunggang di lorong kanan jalan sebelum terbabas.



“Mangsa terbabas sebelum terlanggar batu penghadang tepi jalan dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Saksi kejadian diminta tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R. Navalan di talian 014 253 6820 bagi menyalurkan maklumat.

Kes disiasat mengikut 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE



[VIDEO] Berterabur Habis Tengah Jalan, Empat Penunggang Motosikal Tergelincir Kena ‘Minyak’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker