Covid-19 : 1704 kes baru hari ini dengan 11 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan ketika ini 21,365 mangsa COVID-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 124 dimasukkan ke ICU dan 51 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, juga melaporkan 11 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalau.

Dalam tempoh yang sama, 2,726 pesakit sembuh dan 1,704 jangkitan baharu.



Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 adalah 119,077 kes, dengan 97,218 sembuh.

Status terkini COVID-19 setakat3 Januari 2021

Jumlah sembuh baru: 2726 kes
Jumlah kumulatif discaj: 97218 kes (81.6%)



Jumlah kes baru: 1704 kes
Jumlah kumulatif: 119077 kes
Jumlah kes aktif: 21365 kes

Kes tempatan: 1699 kes
Kes import: 5 kes

Jumlah kematian baru: 11 kes (10 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 494 kes (0.41%)

Jumlah kes di ICU: 124 kes
Pesakit intubated: 51 kes



Pada hari ini, 3 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,704 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 119,077 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 21,365 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,699 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 673 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 509 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 316 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 179 kes (10.5 peratus).

Sebanyak 74 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Tembok Choh (5 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes), dan Kluster Kolam Air (1 kes).



Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 124 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 494 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berita lanjut menyusul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker