[VIDEO] Berterabur Habis Tengah Jalan, Empat Penunggang Motosikal Tergelincir Kena ‘Minyak’

Di media sosial tular satu video, yang menimbulkan kerisauan warganet apabila beberapa penunggang motosikal terbabas dan terjatuh. Kejadian tersebut berlaku pagi tadi, di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Akibat tumpahan minyak

Menerusi rakaman dashcam berdurasi kurang 50 saat itu, memaparkan empat penunggang motosikal yang ‘hilang kawalan’ akibat keadaan jalan itu sebelum terjatuh dan terbabas. Difahamkan kejadian tersebut berpunca, akibat tumpahan minyak di kawasan itu. Mangsa ketika itu, dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain yang turut berada di tempat kejadian.

Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan kemarahan netizen yang risau jika situasi seumpama ini akan berlaku pada masa akan datang dan boleh meragut nyawa.

Respon warganet

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan berhubung insiden tersebut. Malahan, ada komen yang seolah-olah ‘memerli’ pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan jika kemalangan yang berlaku melibatkan golongan kenamaan sahaja.

Tidak berakhir di situ, ada yang memberikan pendapat tumpahan minyak yang berlaku berpunca akibat penutup tangki diesel yang tidak ditutup dengan sebaik mungkin yang menyebabkan berlakunya tumpahan di atas jalan- OhBulan

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Info Roadblock JPJ/Polis

Aksi ‘Gila’ penunggang basikal berkayuh di belakang lori ‘menyeramkan’ netizen [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker