Saya tak ambil hati terima komen negatif – Neelofa

Share


Selebriti dan usahawan popular, Neelofa tenang menjalani kehidupan dan rutin seperti biasa walaupun berdepan kontroversi mengenai hubungannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz.

Menerusi laman Twitter miliknya, Neelofa memuat naik status memberi peluang kepada pengikutnya untuk bertanyakan apa sahaja persoalan dan dia akan menjawab dengan jujur.

Tweet bekas pengacara MeleTOP itu mendapat sambutan ramai apabila pengikutnya mengambil kesempatan untuk bertanyakan segala soalan yang selama ini bermain di fikiran mereka.

Namun dalam banyak-banyak soalan ditanya, hanya dua soalan sahaja yang menjadi pilihan untuk dijawab olehnya.
Antara soalan ditanya bagaimana dia berdepan selepas kandungan negatif mengenai dirinya.

Menurut Neelofa, dia hanya akan ketawa dan tidak ambil hati mahupun terasa jika terdapat komen negatif membabitkan dirinya di laman sosial. MG

Leave a Reply