Luahan hati PU Riz


Terus membisu tanpa sebarang sepatah jawapan, pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, 25, hanya menggunakan media sosial untuk berkongsi isi hati.

Hingga kini, hanya selebriti popular, Neelofa sahaja meleraikan tanda tanya dengan menafikan pelbagai andaian dan tuduhan yang hangat diperkatakan mengenainya dan PU Riz seperti tular dalam laman sosial, sejak Sabtu lalu.

Hari ini, pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu memuat naik perkongsian mengenai sabda Nabi Muhammad SAW yang menyentuh perihal sunnah menerusi akaun Instagram (IG).



“Ada kalanya, diri kita akan kukuh dan kuat iman. Ada kalanya, kita lemah dalam iman.

“Sesiapa pada kala lemah, dia berpegang kepada sunnah, maka dirinya akan diberi hidayah.

“Tetapi, apabila seseorang mengambil selain daripada sunnah, maka binasalah dirinya. Letaklah sepenuh kepercayaan kepada-Nya,” kongsinya.

Namun, terbit tanda tanya di kalangan netizen, apakah petikan hadis yang dikongsi itu mewakili persoalan hati pada saat diuji, ketika ini.



Selasa lalu, PU Riz turut berkongsi sebaris ayat yang dimuat naik dalam IG Story.

Dalam perkongsian itu, PU Riz memuat naik sekeping gambar berserta sepotong ayat dalam bahasa Arab bersama terjemahannya yang bermaksud, sentiasa yakin dengan setiap perkara yang diaturkan Allah.

“Ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segalanya satu hari nanti dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan,” kongsinya.

Bagaimanapun, perkongsian itu dipadam selepas beberapa jam. BH



Netizen Dedah Neelofa dan PU Riz Sudah Berkahwin Di Kelantan?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker