Projek HSR sah batal, Malaysia terpaksa bayar pampasan

Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR) dibatalkan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura atas pembiayaan yang ditanggungnya sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.

Terdahulu, sumber yang rapat dengan Putrajaya memberitahu FMT bahawa pampasan yang perlu dibayar Malaysia kepada Singapura adalah sekitar RM320 juta.

Kementerian itu berkata, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Malaysia, Muhyiddin Yassin membincangkan status projek berkenaan pada 2 Dis lepas.

“Perjanjian HSR luput pada 31 Dis 2020. Kedua-dua negara akan mematuhi tanggungjawab masing-masing dan kini akan meneruskannya dengan tindakan yang perlu dilakukan susulan penamatan perjanjian ini.

“Kedua-dua negara terus komited untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik,” katanya.

Dalam kenyataan bersama yang berasingan pejabat Lee dan Muhyiddin berkata, perjanjian dua hala itu luput selepas Malaysia dan Singapura tidak bersetuju dengan perubahan yang dicadangkan oleh Putrajaya.

Cadangan itu dibuat berikutan kesan wabak COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia.

Perjanjian dua hala itu yang ditandatangani pada 2016 ditangguhkan atas permintaan Malaysia sejak Sept 2018 dengan tarikh akhir bagi lanjutan penangguhan tersebut tamat semalam.

Pada Nov, sumber memberitahu FMT bahawa Putrajaya bercadang meneruskan projek itu tanpa Singapura.

Ia berkata, laluan baru yang dicadangkan itu akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Johor Bahru. FMT

HSR : Jawapan Azmin mengecewakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker