Isu Tyzo disingkirkan dari Suria FM, DJ Lin kunci mulut dan tunggu sidang media khas Jumaat ini

KUALA LUMPUR: “Suria FM akan jelas segala-galanya agar tidak timbul tuduhan dan dakwaan lagi dalam satu sidang media khas, Jumaat ini.”

Demikian penjelasan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin ketika diminta mengulas isu kekecohan penamatan kontrak penyampai radio, Tyzo, kelmarin.

DJ Lin berkata, dia mohon maaf tidak dapat memberikan kenyataan atau menjawab persoalan yang timbul selepas isu penamatan kontrak Tyzo menjadi tular.



“Saya minta maaf. Buat masa ini, saya terpaksa kunci mulut selepas terima arahan pihak pengurusan atasan.

“Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan. Bagaimanapun, Suria FM akan buat penjelasan lebih lanjut menerusi satu sidang media, Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Mengulas pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya, DJ Lin sekali lagi mohon maaf.

“Saya tak boleh jawab apa-apa. Tak adil dengar sebelah pihak sahaja, jadi tunggu penjelasan kami.



“Apa yang boleh saya katakan, Allah nak tunjuk, siapa kawan dan lawan saya,” katanya.

Terdahulu, pengumuman penamatan kontrak Tyzo menjadi kecoh apabila ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian penyandang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) itu.

Tindakan dilakukan pihak pengurusan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu disifatkan sebagai tidak wajar sedangkan segmen Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Sharifah Shahirah atau Shiera adalah slot paling popular pada waktu petang.

Tak berpuas hati dengan tindakan stesen radio itu, ramai mengugut mahu memboikot Suria FM.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker