Remaja diliwat, dikurung selepas ‘diumpan’ bantuan cari kerja

Remaja diliwat, dikurung selepas ‘diumpan’ bantuan cari kerja

Nasib malang menimpa seorang remaja lelaki apabila menjadi mangsa liwat dan dikurung selama 10 hari selepas ‘diumpan’ dengan bantuan cari kerja oleh individu dikenali melalui aplikasi media sosial.

Menurut sumber, pada awalnya mangsa yang berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari kerja oleh suspek yang juga seorang lelaki.



Jelasnya, selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek kemudian bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil.

Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan, d sini, dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Sumber berkata, seperti dijanjikan suspek membawa mangsa ke pasar raya itu untuk mencari pekerjaan terbabit sebelum membawanya pulang semula ke rumah lelaki itu selepas itu.



“Bagaimanapun ketika berada di rumah suspek mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang.

“Malah dia dikurung di rumah terbabit selama 10 hari di mana sepanjang itu mangsa turut diliwat beberapa kali,” katanya.

Menurut sumber, mangsa kemudian diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

Kata sumber, mangsa yang trauma dan ketakutan hanya menceritakan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini sebelum mereka membawanya membuat laporan polis, kelmarin.



Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Suspek sudah dikenalpasti dan kita siasatan masih lagi berjalan. Kita dalam proses pengesahan keterangan mangsa dan menunggu hasil pemeriksaan doktor,” katanya. K Online

Remaja diliwat, dikurung selepas ‘diumpan’ bantuan cari kerja

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker