Sanusi boleh bayar saman secara talian, kongsi di WhatsApps, mohon maaf – Mahfuz
Sanusi boleh bayar saman secara talian, kongsi di WhatsApps, mohon maaf – Mahfuz
Alor Setar: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta segera menyelesaikan saman fitnah sebanyak RM120,000 berserta kos tambahan atau notis kebankrapan bakal difailkan ke atasnya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Muhammad Sanusi terus melengahkan bayaran saman itu, beliau akan berbincang dengan pihak peguam dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya termasuk menyita aset Menteri Besar berkenaan.
“Saya kena minta peguam saya untuk bertindak membuat tuntutan itu atau atau saya akan tunggu nasihat daripada peguam saya untuk sama ada nak memfailkan kebankrapan ke atasnya atau sita harta beliau yang berjumlah RM120,000.
“Itu saya hanya menunggu sajalah. Apa nasihat peguam yang boleh saya lakukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan alasan Muhammad Sanusi meminta beliau merujuk dan berurusan dengan peguamnya adalah tidak relevan kerana beliau sudah menangguhkan bayaran saman itu lebih dua minggu.
Katanya, Muhammad Sanusi sepatutnya tidak perlu menunggu lebih daripada tempoh itu kerana perlu mematuhi keputusan mahkamah termasuk membuat permohonan maaf.
“Kalau dia (Sanusi) nak memindahkan wang itu terus ke akaun saya iaitu RM120,000 campur RM15,000 iaitu kos mahkamah dan RM10,000 kos guaman. Jadi keseluruhan RM145,000. Beliau boleh pindahkan terus secara dalam talian dan kongsi di WhatsApps kemudian buat permohonan maaf. Jadi selesai.
“Tidak perlu lagi melalui peguam dengan peguam. Apabila sudah lebih 14 hari saya kena minta peguam saya bertindaklah,” katanya.
Pada 9 Oktober 2019, bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui akaun Facebooknya pada 30 Julai tahun sama mengaitkan beliau dalam isu pemindahan premis judi ke kawasan itu.
Pada 3 April lalu, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah kes itu selain Mahfuz memohon untuk menaikkan saman berkenaan daripada RM50,000 kepada RM120,000.
Kelmarin, Muhammad Sanusi dilaporkan meminta Mahfuz agar menggunakan saluran peguam antara peguam untuk menyelesaikan isu bayaran saman berkenaan dan bukannya meminta bayaran secara terus menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini. HM
Sanusi boleh bayar saman secara talian, kongsi di WhatsApps, mohon maaf – Mahfuz
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.