Rosenior tuntut pemain Chelsea lebih berdisiplin
Rosenior tuntut pemain Chelsea lebih berdisiplin

London: Pengendali Chelsea, Liam Rosenior menuntut pemainnya lebih berdisiplin selepas Pedro Neto menjadi pemain kesembilan kelab itu yang dilayangkan kad merah musim ini, malah beliau tidak teragak-agak untuk menggugurkan pemain yang gagal mengawal emosi.
Kekalahan 1-2 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Stadium Emirates, Ahad lalu menyaksikan Chelsea hanya menang dua daripada enam perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Chelsea kini menghuni tangga keenam liga menjelang aksi menentang Aston Villa di tempat keempat, Khamis ini, dengan hanya ketinggalan tiga mata di belakang Liverpool dalam perebutan tiket Liga Juara-Juara musim depan.
Masalah disiplin jelas menghantui The Blues musim ini apabila Neto menjadi pemain ketujuh mereka yang dilayangkan kad merah dalam EPL.
Rosenior yang menggantikan Enzo Maresca pada Januari lalu berkata, Neto sudah memohon maaf kepada rakan sepasukan selepas dibuang padang pada minit ke-70.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
“Namun anda perlu mengaku kesilapan asal itu. Jika saya membuat pemilihan pasukan yang salah atau melakukan kesilapan, saya perlu bertanggungjawab dan perkara sama juga untuk pemain,” katanya lagi.
Menurutnya, pemain sayap Portugal itu akan terlepas aksi di Villa Park minggu ini, namun apa yang lebih penting adalah perubahan sikap selepas ini.
“Saya mahu lihat perubahan dalam tingkah laku. Bukan hanya Pedro, kami juga menerima banyak kad kuning, termasuk kerana bantahan dan terjahan tidak perlu.
“Jika kami mahu meningkat dan capai sasaran, kami perlu ambil langkah sedar untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” tegasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Rosenior berkata terdapat pelbagai pendekatan dalam menangani isu disiplin, bukan sekadar hukuman.
“Kadangkala bukan dengan hukuman, tetapi dengan menunjukkan nilai sebenar bermain tanpa kad merah.
“Jika lihat statistik kami, apabila bermain dengan 11 pemain, peratusan kemenangan meningkat mendadak. Itu sepatutnya menjadi motivasi untuk kekal berdisiplin dalam detik penting,” katanya.
Tambahnya, pemain perlu memberi reaksi positif terhadap situasi sukar sama ada kehilangan bola atau keputusan pengadil yang tidak dipersetujui.
“Dalam situasi itu, anda perlu bertindak positif dan fokus kepada aksi seterusnya. Itulah perkara yang perlu kami perbaiki untuk meningkatkan disiplin pasukan,” katanya.
Rosenior tuntut pemain Chelsea lebih berdisiplin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes
You must be logged in to post a comment.