Crunchy Brownies Red Velvet kini di pasaran

TFN Succes Group menerusi jenama TFN Crunchy Brownies melancarkan perisa crunchy brownies baharu iaitu red velvet selepas tiga perisa yang dihasilkan sebelum ini mendapat sambutan hebat daripada pelanggan.

Pengarahnya, Mohamad Adam Abdullah, 27, berkata, perisa walnut crunchy, perasa pudina dan chocolate chips yang mempunyai tekstur lunak sebelum ini berjaya mencapai sasaran jualan RM1 juta sepanjang tahun ini.

Menurutnya, perisa baharu dan terdahulu masing-masing memiliki personaliti tersendiri yang sesuai untuk dinikmati dalam pelbagai suasana.

Tiga perisa iaitu walnut crunchy, chocolate chips dan pudina berjaya mencapai sasaran jualan RM1 juta tahun ini.



Katanya, TFN Crunchy Brownies menghasilkan biskut brownies bermula empat tahun lalu iaitu pada tahun 2016 bagi memperluaskan perniagaan keluarga yang sebelum itu membuat kek brownies.

“Pada 2010 orang ramai khususnya penggemar kek mula didedahkan dengan kek brownies dan dari situ perniagaan diusahakan oleh ibu saya, Sharita Arifaton Md Salleh turut mendapat perhatian.

“Namun, kek tidak tahan lama, jadi kami mendapat idea untuk menukarkan kek kepada biskut memandangkan jangka hayat biskut ataupun cookies ini adalah lebih lama iaitu enam bulan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa crunchy brownies red velvet di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menceritakan mengenai permulaan perniagaan TFN Crunchy Brownies, Mohamad Adam berkata, hampir setahun pasukan mereka melakukan eksperimen untuk mendapatkan resipi yang terbaik.



Menurutnya, mereka mula mengusahakan crunchy brownies dengan perisa walnut crunchy diikuti chocolate chips dan perasa pudina sebelum berjaya membawa perisa crunchy brownies red velvet di pasaran.

“Setakat ini produk syarikat kami sudah dikenali dan sudah memasuki pasar raya antaranya seperti KLIA1 dan KLIA 2, Rosyam Mart, AEON dan paling banyak di kedai Mesra Petronas.

“Dalam masa sama, dengan ejen baharu termasuk yang berpengalaman dilantik di seluruh negara, produk ini menjadi semakin popular di media sosial seperti Facebook dan Instagram,” katanya.

Selepas berjaya mencapai sasaran jualan hingga RM1 juta tahun ini, beliau berkata, pihaknya yakin crunchy brownies red velvet yang dijual pada harga RM12 bagi setiap pek 80 gram akan mendapat sambutan.



Mohamad Adam berkata, pihaknya merancang menambah produk baharu dengan mengekalkan produk biskut bagi memastikan penguasaan syarikat mereka di pasaran menjadi lebih baik.

Malah katanya, TFN Succes Group turut berhasrat untuk mengukuhkan lagi jenama TFN Crunchy Brownies dengan memasuki pasaran luar negara bagi memenuhi permintaan di Indonesia, Singapura dan Brunei. Sinar

[VIDEO] Snek Bell Pepper Cream Cheese Viral TikTok, Mesti Cuba



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker