Mat Sabu cabar Pas perjelas semula status syahid pejuang Memali

Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu mahu Pas menyatakan semula kedudukan penyokongnya yang mati dalam tragedi Memali sebagai syahid atau tidak.

Menurutnya, ia perlu kerana Pas sekarang bekerjasama baik dengan UMNO – bekas musuh yang pernah dikafirkan oleh oleh pemimpinnya satu masa dahulu melalui Fatwa Haji Hadi.

“Nak tanya kedudukan mereka terbunuh Memali itu syahid atau tidak? Saidina Hamzah, Jaafar Abi Talib, Sumayyah dulu dan sekarang kita anggap dia syahid. Ini nak tanya Pas syahid atau tidak penduduk Memali yang menentang pemerintah (UMNO) semasa itu?

“Kalau tidak, Pas kena minta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana menimbulkan perpecahan, sekarang ini dia (Pas) dengan UMNO (tunjuk jari tanda bekerjasama),” katanya semasa penggulungan Konvensyen Amanah 2020 yang disiarkan secara langsung hari ini.

Menurut Mohamad, Fatwa Haji Hadi menjadi indoktrinasi selain amalan takfiri (kafir mengkafir) sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga mengandaikan peluang parti Amanah ‘merampas’ Kelantan juga semakin cerah pada PRU-15 memandangkan negeri itu kini mencatatkan jumlah keahliaan yang paling tinggi.

Lagi pun, katanya, ramai rakyat di negeri itu kini dalam keadaan ‘terpinga-pinga’ terutama ahli-ahli Pas selepas pucuk pimpinannya kini berbaik-baik dengan musuh tradisi mereka, UMNO.

Dahulu, katanya, ahli-ahli Pas di Kelantan menyamakan UMNO seperti ‘pengat tahi’ dan tidak boleh makan berbanding Pas sebagai ‘pengat pisang’ namun kini ahli Pas terpaksa makan ‘pengat tahi.’ MG

https://mykmu.net/2018/05/04/mangsa-memali-mati-katak-bukan-mati-syahid-dr-m/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker