Pemuda Nikahi Dua Wanita Serentak

Palembang: Pengguna media sosial di Indonesia kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak.

Kali ini, ia berlaku di kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan pada tarikh 26 Disember.

Menerusi gambar dan video tersebar, kelihatan pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan diapit dua pengantin wanita yang masing-masing bernama Anggun dan Popy Anggraini.

Ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan.

Anggun dan Popy Anggraini dilihat tersenyum manakala suami mereka, Suwan kelihatan agak malu-malu ketika gambar mereka dirakamkan.

Keluarga Suwan, Okta ketika dihubungi mengesahkan perkahwinan itu.

“Benar, majlis pernikahan itu berlangsung semalam dan kisah mereka sudah tular

“Pengantin lelaki itu jiran saya dan kami ada ikatan keluarga,” katanya.

Menurut Okta, majlis pernikahan bermula jam 9 pagi dan diadakan di rumah Suwan .

“Memang ramai hadir menyaksikan mereka disatukan,” katanya.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan apabila tetamu sentiasa memerhatikan gerak-geri pengantin.

Bagaimanapun, kedua mempelai juga dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka-HM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker