‘Sukar Dilupakan!’, Ikan Bandaraya Bakar Cicah Air Asam Jadi Menu Istimewa Di Vietnam?
“Sedap Hingga Sukar Dilupakan,” Hidangan Dipercayai ‘Ikan Bandaraya’ Bersama Air Asam Jadi Menu ‘Special’ Di Luar Negara
Setiap negara mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Mungkin sebahagian makanan tradisi dianggap pelik atau menggelikan bagi penduduk negara lain, namun ia mungkin menjadi hidangan yang dinikmati sejak turun temurun sesuatu masyarakat.
Sebagai contoh, ikan bandaraya atau ikan sapu-sapu (Indonesia) dipercayai dianggap sebagai salah satu hidangan yang lazat bagi warga Vietnam. Digoreng atau dipanggang, ikan ini merupakan antara hidangan jalanan yang tidak asing lagi di negara yang terkenal dengan makanan eksotik itu.
Baru-baru ini, sebuah akaun di Facebook, Tinh Nguyen berkongsi gambar hidangan yang dipercayai berharga 5,000 dong (kira-kira RM0.90) sahaja per kilogram
.
“Keistimewaan kampung halaman saya! Sedap sehingga sukar untuk dilupakan!”
Dalam kiriman itu, kelihatan hidangan dipercayai ikan bandaraya yang telah disiang dibalut daun pandan disertakan bersama serai dan cili. Ia kemudiannya dipanggang di atas rangka kipas sebelum dihidang bersama air asam.
Spesies ini juga turut dijadikan makanan di beberapa wilayah Indonesia antaranya Bogor, Depok dan Jakarta. Ia dijadikan otak-otak, bebola ikan, siomay dan keropok ikan
.
Bagaimanapun, kajian ke atas kandungan logam berat di dalam isi ikan bandaraya di Sungai Ciliwung, Indonesia mendapati ia mengandungi kepekatan plumbum yang melebihi standard, menjadikan ikan di lokasi itu dianggap berbahaya dan tidak sesuai untuk dimakan.
Spesies ini juga dipercayai berbahaya kepada ekosistem jika dilepaskan begitu sahaja kerana ia akan memakan telur spesies ikan lain. Malah, spesies yang berasal daripada Amerika Selatan ini juga dikatakan boleh memakan anak dari jenisnya sendiri.
Sifatnya yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi membolehkan ia tinggal di dalam air yang rendah kandungan oksigen. Selain itu, kulitnya yang ‘bertulang’ dan keras membuatkan ia sukar dimakan pemangsa lain
.
Jika populasinya tidak dikawal, spesies ini boleh memakan algae dan makanan ikan lain secara berlebihan, menyumbang kepada pengurangan populasi ikan asal di sesuatu kawasan.
Setiap negara di muka bumi ini mempunyai perbezaan budaya, kepercayaan, mahupun makanan tradisional.
Dengar dah boleh buat kecur air liur! Tapi membayangkan ikan bandaraya…
Sumber: Makan Lena
You must be logged in to post a comment.