Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan ‘Double Meaning’ Di Lebuh Raya

Jika anda menggunakan atau melalui mana-mana sahaja lebuh raya utama di seluruh negara, pasti anda akan perasan dengan papan-papan iklan bersaiz gergasi yang dipacakkan di tepi-tepi jalan.

Walaupun iklan-iklan yang dipamerkan di lebuh raya dan jalan-jalan utama ini  menarik untuk dilihat namun ada juga detik-detik yang membuatkan kita kekok (terutama bila bersama keluarga) sekaligus mempersoalkan segelintir iklan yang dipamerkan ini.

“Kenapa kekok dan tidak sesuai untuk keluarga?” anda mungkin bertanya.

Ini kerana segelintir daripada iklan-iklan ini difahamkan mempunyai double meaning atau dalam bahasa mudahnya mempunyai maksud berlapik dalam ayat yang digunakan untuk mempromosikan produk mereka.



Antara iklan-iklan yang hangat dibincangkan sehingga hari ini adalah produk kosmetik yang menggunakan nama yang seakan sama dengan payudara dalam dialek Kelantan iaitu kopek dan satu lagi iklan sabun yang difahamkan memberi bayangan mengenai onani.

sabun

IKLAN SABUN YANG DIKATAKAN MEMPROVOKASI DAN MEMPUNYAI MAKSUD TERSIRAT.

Walaupun perkara ini sudah lama berlaku dan mungkin sudah beberapa kali kita semua terserempak dengan iklan-iklan yang berunsur dewasa atau sedikit lucah ini, namun ianya baru sahaja menjadi topik perbincangan hangat di media sosial sejak beberapa hari ini.



Dengan kebanyakan hantaran yang dibuat mula mengenengahkan kesedaran mengenai bahaya dan kesan iklan-iklan berunsur dewasa ini, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan perkara berkenaan dan memberi pandangan mereka mengenainya.

Antara yang aktif memberikan pandangan dan kesedaran mengenai bahaya dan kesan iklan-iklan berunsur demikian di media sosial adalah aktivis Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan beberapa orang lagi.

“Tegur bukan nak menjatuhkan, tetapi nak bagi tahu cukup-cukuplah gunakan modal melucah serta soft pornography sebagai alat pelaris produk, baik nama produk mahupun perkataan yang digunakan dalam copywriting serta di billboard,” tegurnya di Facebook sambil berkongsikan video mengenai isu berkenaan.

 



“Habis semua perkataan dikaitkan dengan seks. Sekarang ni dah sukar nak guna perkataan seperti main, padat, ketat, kopek, gebu, batang, tanpa menyebakan orang senyum sinis.

“Dah sampai tahap semua orang, termasuk budak-budak pun faham maksud tersirat dalam penggunaan perkataan gantian tu sebab dah biasa dengar orang cakap. Merosakkan bahasa. Merosakkan minda. Merosakkan masa depan,” ujar Kamarul Ariffin Nor Sadan yang turut membincangkan mengenai perkara berkenaan di Facebook.

Bukan sahaja dibincangkan di ruangan Facebook, namun semakan kami mendapati kempen untuk menyedarkan dan menghentikan iklan-iklan yang berunsur dewasa ini turut hangat dibincangkan di Twitter dengan beberapa ciapan mengenainya turut boleh dilihat di sana.



Mungkin bagi mereka yang terlibat dalam bidang pemasaran, ianya adalah salah satu strategi pemasaran atau cubaan untuk menarik perhatian kita semua sebagai pelanggan atau sekadar untuk mempromosikan produk mereka.

Tetapi jika ianya mempunyai maksud yang kurang sopan atau tidak sepatutnya dilihat oleh golongan seperti kanak-kanak dan remaja seperti yang dibincangkan di ruangan media sosial ini, sudah pasti ianya tidak patut diteruskan dan mereka seharusnya tampil dengan cara yang lebih baik untuk beriklan dan memasarkan produk-produk di luar sana-TheVocket

Hentikan Iklan Berunsur Lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker