Ibu tunggal sujud syukur terlepas hukuman gantung edar dadah

Ibu tunggal sujud syukur terlepas hukuman gantung edar dadah

MELAKA – Seorang ibu tunggal menangis dan sujud syukur di kandang mahkamah apabila terlepas hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, di sini, hari ini atas enam daripada tujuh tuduhan mengedar pelbagai jenis dadah dan racun lima tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu pada akhir pendakwaan ke atas Karen Liang Moi Yin, 43, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh atau nama Islamnya, Huda Humairah Liang didapati mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.2 kilogram di sebuah bilik pangsapuri di Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka pada jam 4.30 pagi, 13 Oktober 2018.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Hakim Amselm Charles turut membebaskan Moi Yin yang memeluk Islam pada 1 Jun 2022 daripada dua tuduhan mengedar dadah seberat 388 gram di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952.

Di bawah Seksyen 12 (2), tertuduh boleh didenda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun di bawah Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh yang merupakan peniaga buah di tempat, masa dan tarikh sama.

Hakim Anselm Charles bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas tertuduh selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20.25 gram di bawah Seksyen (12) ADB 1952.

Tertuduh yang juga ibu kepada empat anak berusia 9 hingga 15 tahun diperintah menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh ditangkap 13 Oktober 2018.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili Quek Kia Ping.

Seramai 19 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 15 September 2020. MG

Ibu tunggal sujud syukur terlepas hukuman gantung edar dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker