Anak saya tenang, reda terima kenyataan tangan dipotong

Anak saya tenang, reda terima kenyataan tangan dipotong – Ibu mangsa samun

IBU kepada seorang remaja malang yang terpaksa dipotong tangan selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun dekat Jalan Kuching, Khamis lalu menyifatkan anaknya tenang dan reda menerima ketentuan bahawa tangannya terpaksa dipotong.

Menurut Roslinawati Ya, 39, keadaan anak gadisnya berusia 17 tahun itu stabil dan semakin baik.

Roslinawati berkata, anak sulungnya yang menjadi tulang belakang keluarga itu banyak membantu mencari rezeki termasuk berniaga pakaian, makanan dan produk kecantikan secara dalam talian.

Dia memaklumkan, anaknya, Siti Nur Azizah Syafriadi ada bertanya mengapa tidak diberitahu dahulu sebelum tangannya dipotong selepas mendapat tahu mengenai keadaan dirinya melalui jururawat di hospital.

“Sayu hati saya bila pertanyaan itu keluar tapi saya hanya mampu menjawab keputusan itu diambil ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Jika tidak dilakukan, dikhuatiri nyawanya melayang.

“Saya berharap pelaku kejadian ini akan ditangkap dan dihukum atas perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini,” katanya ketika ditemui.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam, Khamis lalu, Siti Nur Azizah dan teman lelakinya cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal.

Kejadian itu telah memaksa doktor yang merawat Siti Nur Azizah mengambil keputusan memotong tangan kanannya hingga ke paras bahu bagi menyelamatkan nyawanya.

Berdasarkan laporan, mangsa dan teman wanita menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu.

Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan melarikan motosikal milik mangsa nombor pendaftaran VFU 814.

Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan. Utv

Anak saya tenang, reda terima kenyataan tangan dipotong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker