Elak Hukum Seseorang Murtad Tanpa Bukti – Dr. Zulkifli

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan umat Islam di negara ini agar tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu murtad berdasarkan khabar angin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu perkahwinan seorang wanita tempatan beragama Islam dengan kapten pasukan hoki India yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia

“Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan seseorang yang berbangsa Melayu itu adalah beragama Islam.

“Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukum seseorang yang berbangsa Melayu itu murtad hanya berdasarkan perkara yang belum dipastikan kesahihannya, dan kerajaan yakin serta percaya, isu ini dapat ditangani dalam masa terdekat oleh pihak berkuasa agama negeri Johor,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara hari ini.

Sultan Johor Seru Jangan Tergesa-gesa Hukum Wanita Kahwini Kapten Hoki India

Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM100 juta secara “one-off” bagi menyelenggara dan menaik taraf bangunan sekolah agama rakyat, pondok dan sekolah tahfiz tahun hadapan.

“Peruntukan itu akan disalurkan kepada institusi yang berdaftar dengan pemegang taruh yang berautoriti di peringkat negeri masing-masing termasuk yang diusahakan oleh rakyat secara persendirian atau swasta.

“Kerajaan dari semasa ke semasa akan terus berusaha memastikan institusi pendidikan Islam di negara ini merangkumi institusi pondok, tahfiz dan sekolah agama, terus kekal berdaya saing selari dengan pendidikan arus perdana,” jelasnya. – K! ONLINE

Illi Najwa mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker