Strategi perang bendera mampu pengaruhi sokongan pengundi

SETIAP kali kempen pilihan raya diadakan, panji bendera merupakan salah senjata utama yang wajib digunakan oleh sesebuah parti untuk menunjukkan simbolik perjuangan mereka kepada pengundi.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini, strategi perang sama juga diguna pakai oleh setiap parti untuk bersaing.

Kuda Kepang sendiri telah menyaksikan corak pelaksanaan strategi bendera yang dipasang di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.



Ada di sesetengah kawasan, bendera parti dengan berbagai warna dilihat menghiasi sepanjang jalan dan menjadi tatapan penduduk.

Sudah tentu objektif peletakan bendera adalah untuk menunjukkan semangat perjuangan dan kesediaan parti untuk berkhidmat pada rakyat.

Namun, Kuda Kepang dapati ada bendera parti yang dilihat ‘suram’ jika dibandingkan dengan bendera parti-parti lain.

Bukan kerana kalah dari segi jumlah bendera, tetapi kerana ‘tenggelam’ dengan bendera parti-parti lain yang mempunyai warna cerah, terang serta sinonim dengan hati rakyat.



Tambahan pula, jika bendera seperti itu berdiri sebaris bersama-sama bendera parti lain, sudah tentu orang tak akan perasan kewujudannya.

Dalam peperangan panji bendera, logo dan pemilihan warna memainkan peranan penting bagi memastikan rakyat boleh nampak kekuatan parti seterusnya mampu mempengaruhi sokongan undi.

Bagaimanapun, Kuda Kepang harap supaya persediaan kempen yang dilakukan oleh setiap parti sama ada dari segi bendera, poster dan bunting dapat memberi hasil yang baik dalam kempen PRN Johor kali ini.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker